
Sekolah Al Furqan
"Focus Towards Excellence"
Islamic. Integrated. One-Stop Learning Centre.
Janji Kami Di Sekolah Al Furqan
Anak-anak bukan sekadar pelajar tetapi mereka adalah amanah, permata hati, dan harapan masa depan. Di Sekolah Al Furqan, kami mendidik mereka dengan ilmu, iman dan ihsan, agar lahir insan yang seimbang dunia akhirat. Kami sedia menyambut anda dan anak anda dengan hati yang terbuka.
Sekolah Al Furqan beriltizam menyediakan pendidikan menyeluruh yang memupuk ilmu, memperkukuh iman, membudayakan amal soleh, membentuk akhlak terpuji dan mendidik ke arah taqwa.


Kenapa Ramai Ibu Bapa Memilih Sekolah Al Furqan?
Gabungan pendidikan akademik dan agama dalam suasana yang kondusif dan berintegriti.
1. Diiktiraf & Berdaftar Dengan JAIS
Tidak semua sekolah swasta berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), kami antara yang diiktiraf. Ini memberi jaminan kepada ibu bapa bahawa kurikulum kami memenuhi piawaian agama dan pendidikan Islam yang sah di sisi undang-undang.


2. One Stop Center: Dari Tadika Hingga Sekolah Menengah
Al Furqan menawarkan perjalanan pendidikan lengkap untuk anak-anak berumur 4 hingga 17 tahun.
➡️ Ibu bapa tak perlu lagi mencari dua institusi berbeza.
➡️ Anak-anak belajar dalam suasana yang konsisten dan seimbang, dari awal hingga remaja.
Kami menggabungkan pembelajaran akademik moden dengan pendidikan agama Islam secara harmoni.
Anak-anak bukan sekadar pandai membaca dan mengira, tetapi juga memahami nilai akhlak, adab, dan ibadah dalam kehidupan seharian.
“Satu sekolah, dua kekuatan — dunia dan akhirat.”
3. Sistem Integrasi Akademik & Agama










4. Fasiliti Selesa & Kondusif
Kami percaya suasana yang selesa membantu anak belajar dengan lebih fokus dan gembira.
-Kelas berhawa dingin dan dilengkapi Smart TV untuk pembelajaran interaktif.
-Setiap kelas berskala kecil supaya guru dapat memberi perhatian individu kepada setiap pelajar.
5. Kokurikulum Aktif & Seimbang
Di Al Furqan, pembelajaran bukan hanya dalam bilik darjah.
Anak-anak berpeluang menyertai:
Aktiviti sukan & kelab persatuan
Pertandingan di peringkat daerah (MSSD), negeri (GASIS, KAMIL) & kebangsaan (MUSLEH)
Program perkhemahan, lawatan sambil belajar, dan aktiviti luar yang membina keyakinan dan kepimpinan.
6. Biah Solehah (Persekitaran Islamik)
Setiap langkah anak-anak di Al Furqan disemai dengan adab dan akhlak Islam.
Kami mendidik bukan sekadar untuk lulus peperiksaan, tetapi untuk membentuk peribadi yang berakhlak mulia, berdisiplin, dan berjiwa hamba Allah.


7. Student QR – Sistem Pintar Pelajar
Setiap pelajar dilengkapi lencana khas dengan QR Code yang membolehkan:
Rekod kehadiran automatik
Semakan identiti pelajar
Pemantauan sistem merit & demerit dengan cepat dan teratur
➡️ Ibu bapa boleh pantau perkembangan anak dengan lebih mudah dan telus.


8. Sokongan Untuk Anak Yang Perlukan Perhatian Tambahan
Walaupun Al Furqan bukan sekolah khas, kami terbuka menerima pelajar dengan speech delay ringan atau keperluan tertentu. Ini tertakluk kepada penilaian dan pengesahan pegawai kesihatan.
Setiap 2 bulan, kami akan mengadakan pertemuan bersama ibu bapa bagi memantau perkembangan anak secara berterusan.


9. Aktiviti Bonus & Pembelajaran Menyeronokkan
Kami percaya pembelajaran terbaik datang dari pengalaman.
Anak-anak Al Furqan menikmati aktiviti tambahan seperti:
Cooking Class & eksperimen mini
Outdoor learning dan lawatan pendidikan
Aktiviti membina sahsiah, kreativiti dan kerjasama
Program Yang Ditawarkan
Sekolah Al Furqan menawarkan pelbagai program pendidikan untuk semua peringkat umur dengan fokus kepada kecemerlangan.
Pra Sekolah Al Furqan (PRAF)
Pra Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Furqan menyediakan asas pendidikan yang kukuh untuk kanak-kanak.


Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Furqan (SRIIAF)
Sekolah Rendah Islam Integrasi Al Furqan mengutamakan pendidikan berkualiti dalam suasana yang harmoni dan positif.
Madrasah Tahfiz
Madrasah Tahfiz Al Furqan (MTAF) & Sekolah Menengah Islam Al Furqan (SMIAF)




Video Testimoni



Galeri
Lihat momen berharga di Sekolah Al Furqan kami.











Sekolah Al Furqan memberikan pendidikan berkualiti tinggi dan persekitaran yang menyokong perkembangan anak-anak.
Aminah
Pengalaman di Sekolah Al Furqan sangat memuaskan, anak saya berkembang dengan baik dalam suasana positif.
Zainal