Prasekolah Al Furqan
Kami percaya setiap anak membesar dengan cara berbeza. Di Al Furqan, mereka belajar, bermain & berkembang dalam suasana selamat, menyeronokkan dan bermakna.
150+
15
Years of experience
Happy clients

Pendekatan Pembelajaran Kami
Gabungan unik:
Kaedah Montessori – pembelajaran deria & pengalaman sebenar
Nilai Islam – membina akhlak & adab seharian
KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan) – seiring keperluan KPM
Fokus Asas 4M + 1M
Membaca, Menulis, Mengira & Mengaji, melalui aktiviti interaktif dan menyeronokkan.
Bukan Sekadar Akademik, kami juga menumpukan kepada:
Keyakinan diri & kemahiran sosial
Adab & akhlak Islami
Kreativiti, seni & aktiviti fizikal seperti memanah
Kemudahan Lengkap & Selesa
Kelas berhawa dingin
Makanan harian & kemudahan transit
Smart TV & pemantauan CCTV
Matlamat Kami
Melahirkan anak-anak yang:
Seronok belajar & suka ke sekolah
Bersedia ke Tahun 1
Mempunyai asas ilmu & nilai kukuh, di dunia dan akhirat.






Nilai & Sahsiah di Prasekolah Al Furqan
Di Al Furqan, kami bukan sekadar mendidik anak cerdas dalam pelajaran, tetapi juga berakhlak dan berjiwa kuat.
Setiap hari, anak-anak dibimbing melalui rutin, suasana kelas dan interaksi yang penuh kasih sayang.
Adab & Akhlak Islam
Belajar memberi salam, menghormati guru dan rakan, menjaga tutur kata, serta mengamalkan adab harian berpandukan ajaran Islam.


Kebaikan & Empati
Anak-anak digalakkan untuk berkongsi, tolong-menolong dan memahami perasaan orang lain, ia dapat membina hati yang lembut dan penyayang.
Dididik untuk berdikari mengikut usia, seperti urus barang sendiri, selesaikan tugasan mudah, dan belajar buat keputusan kecil dengan yakin.
Kemandirian






Keyakinan Diri
Diberi ruang untuk bercakap, tampil di hadapan rakan, dan berani mencuba perkara baru tanpa takut gagal.


Kreativiti & Inovasi
Melalui aktiviti seni, permainan dan eksplorasi, anak-anak belajar berfikir di luar kotak dan menonjolkan bakat unik mereka.
Mengapa Memilih Prasekolah Al Furqan?
Di Al Furqan, elemen Islam, Al-Quran dan Akhlak menjadi teras utama pendidikan harian kami.
Anak-anak bukan sahaja belajar akademik, tetapi juga dibentuk dengan iman dan adab sejak kecil.


1.Rutin Harian Islamik
Anak-anak dibiasakan membaca doa harian, sebelum & selepas makan, tidur, masuk tandas dan sebagainya. Ini supaya amalan ini menjadi tabiat seharian di rumah dan sekolah.
2.Hafazan Surah Pilihan
Aktiviti hafazan mengikut tahap umur, bermula dengan surah-surah pendek Juz Amma bagi memupuk kecintaan kepada Al-Quran.
3.Amali Solat
Dibimbing secara praktikal tentang cara solat, wuduk dan adab ibadah supaya anak-anak faham dan biasa melaksanakannya dengan yakin.
4.Tema Pembelajaran Islamik
Setiap bulan diselitkan nilai-nilai Islam melalui tema khas seperti Ramadan, Maulidur Rasul, dan kisah sirah Nabi.
Kurikulum
Disusun mengikut peringkat umur dan perkembangan semula jadi anak, supaya setiap anak belajar dengan seronok, aktif dan bermakna.




Galeri




Report Card Day




Mini Sukaneka




Simulasi Haji 1446H/2025




Masak Bubur Lambuk




Memanah




Fire Drill




Solat




Hari Guru






